SELAMAT DATANG PILIHAN TERBAIK ANDA DI MANA JUGA ANDA BERADA

Isnin, 10 November 2014

Hentian Mahkota nama baru Medan Ikan Bakar

Hentian Mahkota nama baru Medan Ikan Bakar


Tunku Ibrahim Ismail cuba membakar ikan di Hentian Mahkota, Batu Pahat, kelmarin.

 Medan Ikan Bakar Kampung Parit Simin dekat sini yang telah beroperasi lebih dua tahun lalu kini dikenali sebagai Hentian Mahkota.Nama baru itu diberikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail yang singgah di situ sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2008 petang semalam. Hentian Mahkota yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah itu memang terkenal dengan keenakan sajian pelbagai jenis ikan bakar bukan sahaja oleh penduduk setempat, malah menjadi tumpuan pengunjung luar.
Ketika singgah di medan ikan bakar itu, Tunku Ibrahim dan rombongannya turut dihiburkan dengan persembahan kuda kepang oleh Kumpulan Kuda Kepang Kampung Sungai Nibong Semerah.
Persembahan kuda kepang yang sinonim dengan masyarakat daerah ini mendapat tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin apabila mempertontonkan aksi-aksi berani adegan makan kaca dan berbaring di atas kaca sambil dipijak beramai-ramai.
Selain itu, aksi kumpulan berkenaan mengopek kelapa menggunakan gigi turut menjadi tumpuan ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan